KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Polis menumpaskan kegiatan memproses sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram dan merampas pelbagai barangan termasuk logam berharga bernilai RM97 juta dalam serbuan serentak di tujuh kilang haram di Kampung Telok Gong di Pelabuhan Klang pada Isnin lepas.